Selasa, 23 Februari 2010

Bahasa Iban Part 3

Salam pembaca. Sebenarnya, sejak akhir akhir ini, penulis kekurangan idea. Tidak tahu apa yang hendak dikongsikan bersama. Akhirnya, penulis memutuskan untuk mengambil lirik lagu oleh Nai Dinamik dan cuba untuk men'translate'kannya kepada bahasa Melayu.




LELENGAU by DINAMIK

SULU
KADA NUAN AGI INGATKA AKU SAYAU
UDAH LAMA AMAT AKU NINGGAL KA NUAN
TIAP HARI NUAN NGANTI PENATAI AKU
TANG ENDA GA AKU PULAI
KASIH AKU MEDA NUAN SAYAU
TANG TAJA PIA ANANG NUAN IRAU
AKU TETAP SAYAU KA NUAN
ENDA MUDAH AKU MUAI NUAN SAYAU
NUAN SIKO AJA TI DIKERINDU KA AKU DALAM DUNYA TU

Khamis, 23 Julai 2009

Bahasa Iban Part 2



Salam, kita sambung apa yang telah dibuat sebelum ini. Kali ini, penulis ketengahkan apa yang pembaca response kepada penulis baru baru ini. Penulis akan bahagikan Bahasa Iban kepada 3 Kategori (setakat hari ini), iaitu perilaku, perbuatan seharian, dan perbualan atau dialoag :

I) Perilaku atau perbuatan:

Bahasa Iban = Bahasa Melayu

1) ketawa = ketawa (disebut seolah olah wujud huruf k)

2) Nyabak = menangis

3) Tinduk = tidur

4) begagai = bergurau

5) macha = membaca

6) nulis = menulis

7) ngambi = mengambil ( disebut seolah olah wujud huruf k )

8) nganu = marah ; memarahi ( terpulang pada konteks ayat)

9) nyerauh = menjerit

10) ringat = merajuk

II) Perbuatan Seharian

Bahasa Iban = Bahasa Melayu

1) manduk = memasak

2) ngira = mengira ; peduli ( terpulang pada konteks ayat)

3) nebang = menebang

4) nebas = menebas

5) nyangkul = menyangkul

6) netak = memotong; menetak ; ( terpulang pada konteks ayat)

7) nganyam = menganyam

8) betanda = menari ( disebut seolah olah ada huruf k)

9) malu = memukul ( disebut seolah olah ada huruf k)

10) ngecat = mengecat

III) Perbualan
Selalu nya yang menjadi perhatian adalah perbualan di antara lelaki dan perempuan. lebih tepat lagi, pasangan kekasih. Hari ini, sebagai percubaan, penulis cuba bawakan satu perbualan di antara lelaki yang cuba memikat perempuan.

L : Pukul berapa diatu?
L : Pukul berapa sekarang?

P : Enda nemu.
P : Tidak tahu.

L : Enda patut nuan enda nemu.
L : Tidak patut awak tidak tahu.

P : Aku amat amat enda nemu.
P : Saya betul betul tidak tahu.

L : Au, enda ngawa enti nuan enda nemu. Sapa nama nuan?
L : Ya, tidak apa kalau awak tidak tahu. Siapa nama awak?
Okay, setakat ini saja. Esok esok kalau ada masa, kita berjumpa lagi.

Rabu, 22 Julai 2009

Bahasa Iban - Part 2


Office (11.34am ; 22. 07. 09; Rabu)


Selamat berjumpa kembali atau dalam bahasa iban nya Selamat Betemu baru.
Kali ini, penulis ingin berkongsi lagi dengan para pembaca tentang bahasa iban.
Bahasa Iban yang dituturkan serantau negeri Sarawak, bahkan sekarang tidak
mustahil jika para pembaca terjumpa masyarakat Iban di Semenanjung Malaysia,
khususnya Johor. Jika sebelum ini, kita telah pun belajar tentang perkataan aku,
nuan, sida, deka, bejalai, enggau, dan makai, serta contoh ayat. penulis ingin
membawa pembaca lebih jauh lagi.

Contoh perkataan:

Bahasa Iban = Bahasa Melayu


1) sayau = sayang

2) lelengau = rindu

3) beraie = susah hati kerana merindui


4) tusah = susah

5) enti = kalau

6) belanda = berlari (belanda disebut seolah olah wujud huruf k)

7) ngagai = menuju ; mengejar

8) makai = makan

9) ngirup = minum

10) aram = mari ; jom

11) amat = sangat ; betul

12) semampai = selalu

Contoh ayat pula :

1) Aram bejalai enggau aku.

Mari berjalan dengan saya.

2) Aku sayau ke nuan.

Saya sayangkan awak.




Ok. Setakat ini dulu ia. Ada masa penulis sambung lagi.
To be continued..

Sabtu, 18 Julai 2009

Rasa sendu di hati

Kadang kadang kita harus menerima hakikat di mana kaki berpijak. Sudah hampir tujuh bulan saya berada di negeri orang, segala pahit maung yang dirasai cukup membuat saya bersyukur kerana dilahirkan di Sarawak. Masih ada nilai nilai kemanusiaan berbanding di sini. Kalau dulu saya boleh mempercayai sesiapa, di sini saya terpaksa untuk tidak mempercayai sesiapa. Takut dikhianati. Nilai persahabat semakin reput. Hilang ditelan arus deras pembangunan moden. Anak anak semakin kurang ajar, semakin melampau, semakin biadap. Siapa kah yang patut dipersalahkan? Ibu bapa? Guru guru? Bila sebut guru, saya teringat pada artikel dalam Mastika, Cikgu Melayu Semenanjung makan B**i di Sarawak, keluaran Ogos/2009. Saya terkedu. Masa itu saya di MPH, Alamanda, Putrajaya bersama dengan seorang teman yang kebetulan hendak membeli buku untuk adiknya. Kerana terasa pedas dan mendidih, saya membeli Mastika. Antara kandungan ayat yang menyebabkan saya tersentap adalah "Tapi, kenapa cikgu itu makan babi? Idham mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu. Mungkin disana susah hendak mendapatkan daging halal. Di tempat Idham mengajar sendiri misalnya, susah untuk mendapatkan daging lembu atau ayam. Kalau ada pun harganya sangat mahal. Daging yang paling murah dan senang diperolehi pula ialah daging babi. Ia dijual di kebanyakan kedai makan dan restoran di pedalaman sarawak. Restoran Islam pula tidak ada. Hendak masak, rasa membazir kerana sudahlah daging ayam dan lembu mahal, cikgu-cikgu ini pula kebanyakkannya masih bujang dan tinggal seorang diri. lagi pun, cikgu Melayu dari Semenanjung yang bertugas di sana tidak mengetahui status halal dan haram sesuatu makanan." Mukasurat 71. Wow. Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah Cikgu Melayu Semenanjung yang makan babi di Sarawak ni adalah bodoh dan tidak layak menjadi cikgu. Memalukan! Benar benar mencemarkan maruah negeri kesayangan saya. Dan saya terfikir, sudah pupuskan ikan di Sarawak? Sudah pupuskan rusa di Sarawak? Saya terasa. Sedih dan terkilan dengan artikel itu. Sedangkan berlambak kedai makan halal di Sarawak. Majoriti kaum di Sarawak ialah Iban, tapi, Islam masih mengungguli. Banyak bumiputera Islam di sana. Mana mungkin sukar untuk mendapatkan daging halal. Ahh.. Senang cerita, mungkin mereka tidak pernah merasa daging yang sesedap itu sehingga menjadikan mahal dan susah diperolehi itu sebagai alasan. Untuk pengetahuan umum, daging babi dijual dengan harga RM12 ke atas sekilo, sedangkan ayam RM10 seekor. errr...ayam itu hanya seberat 800gram saja kah? Mahal la tu. Daging lembu bersepah di kawasan pedalaman sarawak, contoh, Batang Igan, Dalat, Rasau, Mukah. Sebab kebanyakkan di kawasan itu adalah Melanau Muslim. Kalau ia pun kawasan pedalaman yang terdiri daripada kawasan bumiputera, biasanya sekolah terletak di tepi sungai. Haiii..takkan ikan free pun susah nak dapatkan? Tak tau memancing? Memukat pun jadi la. Ke jawapan dia satu je. Pemalas! lagi satu, banyak tumbuhan liar yang boleh dimakan di kawasan pedalaman sarawak, kenapa..semua cikgu semenanjung ni tak pandai makan sayur? Pandai makan daging ayam je? itu lah, kalau rasa tak larat nak jadi cikgu, jangan mohon. Sarawakian tidak pernah meminta pun guru guru KPLI semenanjung ni mencemar kawasan mereka. Dah la tak faham apa apa, perangai macam kat tanah sendiri. Anak dara orang main suka hati je. Opss..Mungkin ada yang baik baik di kalangan cikgu cikgu ni. Sanggup bersusah payah datang ke kawasan pedalaman sarawak, namun, masih banyak lagi Sarawakian yang berkelayakan, malah jauh lebih layak dari guru gur KPLI ini. Memalukan!
Sekian Wasalam.

Jumaat, 19 Jun 2009

Bahasa Iban


Office ( 12.29pm ; 19.06.2009 ; Jumaat )


Salam...

Memandangkan penulis berasal dari Sarawak, keturunan Iban, jadi penulis nak berkongsi sesuatu yang mungkin boleh digunakan. Bahasa Iban. Sarawak secara majoritinya dihuni oleh suku kaum Iban. Sekarang, suku kaum Iban boleh didapati di mana mana, cuma tak pasti tulen ke palsu. Hehehe.. Ok...

Kita mulakan pembelajaran kita. Saya mulakan pada yang asas, iaitu kehidupan seharian kita...


Bahasa Iban = Bahasa Melayu :

1) Aku = Saya

2) Nuan = awak

3) Sida = mereka ( 'Sida' disebut seolah olah ada huruf 'k' di akhir perkataan.)

4) deka = mahu ('deka' juga disebut seolah olah huruf 'k' tu wujud)

5) bejalai = berjalan

6) enggau = dengan/bersama-sama

7)makai = makan

Contoh ayat daripada perkataan ini ialah :

Iban :

Aku deka bejalai enggau nuan

Maksudnya :

Saya mahu berjalan dengan/bersama-sama awak.